Suasana desa yang damai, terletak berdekatan bandar Kuantan. Restoran makanan laut yang menyelerakan terdapat di sepanjang jalan dari homestay ke bandar Kuantan seperti Ana Seafood, Restoran Santai, Phuket dan lain-lain. Restoran ini dibuka pada malam hari manakala di siang hari mudah untuk mendapatkan sarapan pagi dan menu petang ala pantai timur.
Perjalanan ke bandar Kuantan mengambil masa selama 8 minit sahaja. Berhampiran stesen minyak Petronas ( 2 minit dari homestay). Singgah di sini dan nikmati kedamaian pantai-pantai yang berdekatan seperti Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Sepat.